Kabinet Dapur
Kabinet Custom Dapur Idaman
Kami bantu mereka bentuk dan membina kabinet dapur idaman yang berkualiti berkualiti untuk pemilik rumah di Terengganu.
Setiap kabinet dihasilkan di kilang menggunakan bahan berkualiti, mesin yang canggih, kemasan yang kemas serta harga yang telus.
Pilihan Kabinet untuk Ruang Dapur
Dapur Bentuk I (I-Shaped Kitchen)
dikenali dapur lurus, Rekaan ini sesuai untuk rumah bersaiz kecil, kerana lebih menjimatkan ruang serta memudahkan pergerakan.
Dapur Bentuk L (L-Shaped Kitchen)
Kabinet disusun pada dua dinding yang bersambung membentuk huruf L. Rekaan ini menawarkan ruang penyimpanan yang lebih banyak dan lagi cantik
Dapur Bentuk U (U-Shaped Kitchen)
Kabinet disusun pada tiga sisi dinding membentuk huruf U. Rekaan ini sesuai untuk dapur bersaiz sederhana hingga besar kerana memberikan aliran kerja yang lebih selesa dan efisien.
Peninsula Kitchen
Peninsula Kitchen mempunyai rekaan yang hampir sama seperti kitchen island, tetapi bersambung dengan kabinet utama. Ia menawarkan ruang kerja dan penyimpanan tambahan.
Kitchen Island
kabinet atau meja kerja yang diletakkan di bahagian tengah dapur. Ia boleh digunakan untuk penyediaan makanan, memasak, ruang makan atau sebagai ruang penyimpanan tambahan.
Dapur Kering (Dry Kitchen)
Dapur kering digunakan untuk aktiviti ringan. Ruang ini sesuai sebagai tempat menerima tetamu dan melengkapkan konsep kediaman moden.
